Ketua balai polis direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah RM500

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ketua balai polis direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah RM500

KOTA BHARU, 20 JULAI: Ketua balai polis direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah RM500 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing.

Perintah reman hingga 26 Julai terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM500 daripada seorang warga asing yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek pada jam 2.20 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap jingga SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi dua pegawai SPRM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved