Ketua Pegawai Kewangan IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6.56 juta

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ketua Pegawai Kewangan IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6.56 juta

SEREMBAN – Seorang Ketua Pegawai Kewangan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM6.56 juta.

Tertuduh, Noraini Aripin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah IPTS telah diamanahkan untuk mengurus wang berjumlah RM6,557,720 milik syarikat berkenaan bagi tujuan pembayaran duti ad valorem kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta tersebut dengan membuat pembayaran bagi tujuan lain sehingga menyebabkan bayaran duti ad valorem kepada LHDN tidak dibuat.

Kesalahan itu dilakukan antara September 2025 hingga April 2026 di pejabat IPTS tersebut di Bandar Enstek, Nilai.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Jika sabit kesalahan, boleh dienjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun, disebat dan denda. – KOSMO! ONLINE

 

The post Ketua Pegawai Kewangan IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6.56 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved