Noraini didakwa pecah amanah lebih RM6 juta

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Noraini didakwa pecah amanah lebih RM6 juta
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah universiti swasta di Nilai, Noraini Aripin (tiga, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM6.56 juta, sejak September 2025 hingga April lepas. Foto Bernama
Image from: Noraini didakwa pecah amanah lebih RM6 juta
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah universiti swasta di Nilai, Noraini Aripin (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM6.56 juta, sejak Sept 2025 hingga April lepas.Noraini, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary Marimuthu. Foto Bernama
Image from: Noraini didakwa pecah amanah lebih RM6 juta
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah universiti swasta di Nilai, Noraini Aripin (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM6.56 juta, sejak Sept 2025 hingga April lepas. Foto Bernama

SEREMBAN - Seorang Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah universiti swasta di Nilai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM6.56 juta, sejak September 2025 hingga April lepas.

Noraini Aripin, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary Marimuthu.

Mengikut pertuduhan, Noraini yang diamanahkan dengan penguasaan wang berjumlah RM6,557,720, didakwa menyalahgunakan dana berkenaan dengan membuat pembayaran selain bagi tujuan pembayaran duti ad valorem kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

**media[3620206]**

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat universiti berkenaan antara September 2025 hingga April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil menawarkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, dan tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan setiap bulan.

**media[3620207]**

Bagaimanapun, peguam Kelvin Ong memohon kadar jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan alasan anak guamnya ialah ibu kepada lima anak, menghidap kanser payudara tahap tiga dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital swasta, selain berpendapatan RM15,000 sebulan.

Hakim kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM80,000 dengan dua penjamin, selain membenarkan semua permohonan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 21 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved