
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah lebih RM130,000 membabitkan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).
Hazri, 57, yang juga Pengerusi LJT, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menerima suapan RM30,201.16 berkaitan penglibatannya dalam Mesyuarat LJT yang membincangkan penyertaannya ke Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pengurusan Maklumat Geospatial Global (UN-GGIM) di New York, Amerika Syarikat pada Ogos 2024.
Pertuduhan kedua pula melibatkan suapan RM105,914 berkaitan mesyuarat LJT berhubung penyertaannya ke mesyuarat di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi pada Januari hingga Februari 2025.
Kesalahan itu didakwa berlaku di Bilik Mesyuarat LJT, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati pada 3 Ogos 2024 serta di sebuah hotel di ibu negara pada 31 Disember 2024.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Ketua Pengarah Jupem mengaku tidak bersalah terima suapan RM130,000 appeared first on Scoop.
