Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

17 Jun 2026 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia
​Berita pemergian Allahyarham disahkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Polis Daerah Tawau.

KOTA KINABALU - Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau pada awal pagi Rabu.

​Berita pemergian Allahyarham disahkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Polis Daerah Tawau.

​"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, 53, telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.04 pagi tadi di Hospital Tawau.

​"Marilah kita bersama-sama mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," tulis hantaran tersebut.

Hantaran berkenaan turut memuat naik gambar Allahyarham sebagai penghormatan terakhir, selain mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved