Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 4:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan perincian aspek keselamatan serta penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, identiti pegawai Jabatan Penjara yang hadir pada mesyuarat berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Sebanyak empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan, manakala Anuar Bakri tiba dengan menaiki kenderaan kira-kira pukul 2.20 petang.

Sehingga kini, mesyuarat berkenaan masih berlangsung.

Bagaimanapun, tujuan rasmi pertemuan serta perkara yang dibincangkan belum diperincikan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved