Bersekongkol? Tak benar! Polis nafi dakwaan ‘escort’ kenderaan curi kabel!

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 11:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis menafikan dakwaan tular bahawa sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) mengiringi kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tangkapan terhadap suspek curi kabel telah dilaksanakan pihak polis.

Beliau berkata, dakwaan anggota polis bersekongkol dengan pencuri kabel adalah tidak benar, sebaliknya anggota MPV terbabit bertindak berdasarkan maklumat daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“MPV bertindak atas maklumat daripada Bilik Gerakan IPD Ampang Jaya dan kenderaan pasukan juga membuka lampu beacon mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Image from: Bersekongkol? Tak benar! Polis nafi dakwaan ‘escort’ kenderaan curi kabel!

Noor Hisam berkata, tindakan anggota MPV berkenaan merupakan tindak balas kepada aduan orang ramai.

Menurutnya, setakat ini seorang suspek curi kabel telah diberkas untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian tular di beberapa platform media sosial termasuk Facebook dan Threads.

Image from: Bersekongkol? Tak benar! Polis nafi dakwaan ‘escort’ kenderaan curi kabel!

Rakaman itu mengundang pelbagai reaksi warganet, termasuk dakwaan bahawa kenderaan polis terbabit mengiringi kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved