Ketua UMNO Sepang Mengaku Tak Bersalah Atas Tuduhan Mengeluarkan Perkataan Lukakan Penganut Agama Kristian

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 5:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ketua UMNO Sepang Mengaku Tak Bersalah Atas Tuduhan Mengeluarkan Perkataan Lukakan Penganut Agama Kristian

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada pertengahan September lalu, kecoh di media sosial ucapan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang didakwa membuat jenaka mengenai paderi dan biarawati sehingga mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak khususnya penganut Kristian.

Namun, Noorazli kemudiannya tampil memohon maaf jika penyampaiannya dalam ucapan tersebut telah menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Polis turut menerima 86 laporan berhubung kenyataannya itu serta 93 orang saksi turut dirakam keterangan.

Noorazli Mengaku Tak Bersalah Atas Tuduhan Keluar Perkataan Yang Melukakan Perasaan Penganut kristian

Terbaharu, Noorazli mengaku tak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan perkataan yang melukakan perasaan penganut agama Kristian sewaktu berucap di PAU UMNO pada bulan lalu.

Noorazli membuat pengakuan tersebut dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Dia didakwa dengan sengaja melukakan perasaan penganut agama tersebut dengan melafazkan perkataan mengaitkan paderi Katolik serta biarawati dalam ucapannya di PAU UMNO yang diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre, Jalan Tun Ismail pada 12 September kira-kira jam 11.20 pagi.

Pertuduhan Dibuat Mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Mahkamah Benar Ikat Jamin RM6,000

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Namun, peguam yang mewakili Noorazli, Datuk Hasnal Rezua Merican memohon agar ikat jamin dikurangkan di antara RM4,000 hingga RM5,000.

“Secara keseluruhannya, kita kena tengok kepada niat, sama ada benar niatnya atau tidak. Kedua, tindakannya yang bersifat mahu berdamai, bersedia untuk memohon maaf dan sebagainya,” kata peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Noorazli diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 18 November sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, Noorazli dalam satu kenyataan turut tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Jelasnya, kisah tersebut hanyalah sebagai satu analogi untuk dijadikan pengajaran mengenai kepentingan fokus, ketekunan dan kebijaksanaan bagi mencapai sesuatu matlamat.

Malah, Noorazli juga menjelaskan tidak bermaksud untuk menghina, memperlekehkan atau mempersenda mana-mana individu, kepercayaan mahupun agama.

Baca Artikel Berkaitan:

Isu Jenaka Paderi & Biarawati: Noorazli Said Mohon Maaf Selepas Dikritik Hebat
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved