Ikut konvoi TPM: Ejen hartanah ingkar arahan didenda RM4,000

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 5:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ikut konvoi TPM: Ejen hartanah ingkar arahan didenda RM4,000

KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan arahan polis dengan mengekori konvoi polis pengiring Timbalan Perdana Menteri, semalam.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman itu selepas Bryan Marc Daniel, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Bryan yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna biru didakwa mengabaikan arahan yang diberikan oleh pegawai polis semasa menjalankan tugas.

Kesalahan itu dilakukan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari arah Kajang menghala ke Subang Jaya, pada pukul 9.32 pagi, semalam.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham manakala peguam bela, R. Karnan mewakili Bryan.

Semalam, tular rakaman video menunjukkan pemandu terbabit mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.

Seorang anggota polis bertugas sebagai juruiring dalam konvoi itu kemudian memberi amaran kepada pemandu SUV terbabit supaya tidak mengekori konvoi berkenaan, namun tidak diendahkan sebelum terus mengekori. – UTUSAN

The post Ikut konvoi TPM: Ejen hartanah ingkar arahan didenda RM4,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved