Keuntungan teras Impact Capital diunjur meningkat 15.4% kepada RM10.5 juta pada FY2027 - TA Securities

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 10:43 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Keuntungan teras Impact Capital diunjur meningkat 15.4% kepada RM10.5 juta pada FY2027 - TA Securities Image from: Keuntungan teras Impact Capital diunjur meningkat 15.4% kepada RM10.5 juta pada FY2027 - TA Securities sarah05/11/2026 - 10:43 Gambar dari laman web Impact Capital Holding Berhad Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Nov - Keuntungan teras Impact Capital Holdings Bhd diunjur meningkat 15.4% kepada RM10.5 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun 2027 (FY2027), disokong pelaksanaan projek infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengembangan operasi syarikat ke Semenanjung Malaysia.

 

TA Securities berkata, pertumbuhan itu dijangka dipacu oleh pengiktirafan hasil sebanyak RM133.7 juta daripada buku tempahan sedia ada, selain sumbangan aliran pendapatan berterusan menerusi perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan teknikal dan langganan perisian.

 

Menurut firma penyelidikan itu, Impact Capital yang berpangkalan di Kuching, Sarawak, mencatatkan keuntungan teras RM9.1 juta pada FY2026, meningkat 31.9% berbanding tahun sebelumnya, manakala hasil bertambah 6.4% kepada RM154.7 juta.

 

"Keuntungan teras dijangka meningkat kepada RM10.5 juta pada FY2027, sebelum berkembang kepada RM11.1 juta pada FY2028 dan RM11.7 juta pada FY2029," menurut TA Securities dalam nota penyelidikannya hari ini.

 

Rancang pusat inovasi digital di Lembah Klang, pejabat baharu di Johor Bahru

Impact Capital merancang membuka pejabat baharu seluas kira-kira 7,700 kaki persegi di Lembah Klang pada separuh kedua 2027, yang turut menempatkan Pusat Inovasi dan Penyelesaian Digital (DISC) bagi tujuan demonstrasi serta pengujian penyelesaian teknologi kepada pelanggan.

 

Pusat inovasi itu dijangka mula beroperasi pada suku ketiga 2027, manakala syarikat turut merancang membuka pejabat di Johor Bahru pada separuh pertama 2028 serta mengambil kira-kira 60 pekerja tambahan secara berperingkat antara 2027 hingga 2029 bagi memperkukuh keupayaan teknikal dan pelaksanaan projek.

 

TA Securities berkata, Impact Capital mempunyai buku tempahan bernilai RM169.9 juta setakat 30 September 2026, selain buku tender RM366.8 juta di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia, dengan kadar kejayaan tender berdasarkan rekod terdahulu sekitar 30%. Bagaimanapun, pertumbuhan selepas FY2027 bergantung kepada keupayaan syarikat memperoleh kontrak baharu berikutan projek SMART 600 dan POP 2 dijangka selesai menjelang April 2027.

 

Firma itu menetapkan nilai wajar saham Impact Capital pada 25 sen, iaitu 13.6% lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 22 sen sesaham, menjelang penyenaraian yang dijadualkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 November 2026.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved