Keychron C100 8K 100-Key Mechanical Macro Pad dilancarkan dengan ia sebuah papan makro dengan 100 butang kekunci. Butang disusun dalam konfigurasi 10×10 dengan setiap satunya mempunyai sistem lampu RGB sendiri yang boleh diperibadikan sendiri pemilik.

Ia menyokong kadar polling 8 kHz sama seperti papan kekunci baharu Keychron lain. Setiap butang diperbuat daripada plastik lutsinar yang dipadankan dengan suis linear Apex Red yang boleh ditukar secara hot-swap. Kawalan dilakukan menerusi Keychron Launcher dengan kekunci boleh diprogramkan untuk makro tersendiri serta warna lampu RGB.

Sambungan kepada komputer dilakukan menerusi kabel USB-C. Ia menyasarkan penggunaan untuk permainan video, penstriman, penciptaan kandungan, pengaturcaraan, CAD dan perisian kreatif. Keychron C100 8K 100-Key Mechanical Macro Pad djual pada harga $64.99 (~RM 265) sebuah.






