Kenapa rakyat mula menolak PH?

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 10:41 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

PH

Saya berada hampir setiap hari di Negeri Sembilan sepanjang kempen Pilihanraya Negeri Sembilan.

Berulang alik dan adakalanya bermalam di Negeri Sembilan. Tidak tahan mengisi minyak. Budi sudah habis kelayakan dan kenaikan harga minyak sangat sangat saya rasakan.

Itu tidak jadi masalah kerana saya sendiri yang geram dengan “hari ini menang esok minyak turun”. Rupa rupanya minyak naik yang diturunkan perlahan lahan adalah kerajaan PH Dan gabungan.

Ternyata memang benar telahan 1 Ogos bakal mencatat sesuatu yang istimewa di Negeri Sembilan. Pakatan Harapan (PH) dan gabungan DAP serta Amanah ditolak rakyat.

Beberapa orang calon “orang besar” PH tumbang akibat ribut penyatuan yang semakin kuat dan diyakini berterusan.

Saya amat yakin, jika esok dibubarkan DUN Melaka, maka rakyat Melaka juga akan melakukan perkara yang sama, menolak PH.

Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mampu bertahan dengan kebangkitan gelombang biru dan perpaduan ummah antara Perikatan Nasional (PN) dnan UMNO/ BN.

Parti Dap paling terkesan dengan kekalahan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke yang tewas di Chennah.

Jika Loke boleh menghidu “kebencian” ini beliau sepatutnya menukar kerusi dan tidak bertanding di Chennah. Malang tidak berbau, Chennah sudah bertukar tangan dan pengundi Chennah tidak lagi berasa kasihan untuk menghukum Loke.

Apa kesannya kepada kekalahan Loke? Jawapannya mudah,Loke Masih Ahli Parlimen Seremban dan masih Menteri Pengangkutan maka kesan terhadap kedudukannya di Pusat langsung tidak tergugat seperti kata Anwar walau kalah beliau tetap Perdana Menteri.

Namun parti Dap yang terkesan bukan batang tubuh Loke. DAP yang dilihat bebanan kepada PH wajar memikirkan langkah segera jika tidak mahu ditolak secara total di PRU16 akan datang.

Maka langkah wajar bagi DAP ialah memikirkan segera untuk meninggalkan kerajaan kerana jika terus di situ, saya amat yakin 41 kerusi Parlimen juga akan surut di PRU16 nanti.

Kenapa rakyat mula menolak PH? Jawapannya mudah kerana rakyat sudah tidak suka kepada kepimpinan yang ada yang banyak beretorik daripada menunaikan janji dan tanggungjawab.

Rakyat boleh menggariskan sendiri apa kegagalan dan apa janji janji palsu sewaktu PH menjadi pembangkang.

Apabila menjadi kerajaan mereka lalai dan memandang enteng terhadap janji yang dilafazkan.

Rakyat tidak lagi termakan dengan apa jua isu yang dimainkan oleh PH kerana rakyat masih menuntut janji yang belum ditunaikan.

Malah lebih dari itu, rakyat sudah muak kerana nasib mereka tetap terhimpit dan isu sakau tidak berkesan kerana dalam masa yang sama rakyat boleh menilai tatakelola kerajaan yang ada.

Bermula di Sabah,Johor dan Negeri Sembilan maka diyakini Melaka juga akan memberi jawapan yang sama.

Pertandingan kini hanyalah antara PN-BN dan PH dan parti parti lain seperti Bersatu tidak lagi berada dalam persaingan selepas tewas di 24 kerusi di Negeri Sembilan termasuk hilang wang deposit.

Memang benar, ini bukan musim memetik bunga tetapi musim menuai buah. Maka bunga tidak disukai dan dibiar gugur sendiri tanpa dipetik orang.

DAHLAN MAAMOR

Pemerhati Politik dan bekas pengamal media

The post Kenapa rakyat mula menolak PH? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved