Khabar angin DUN Melaka dibubar hari ini tidak benar

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Khabar angin DUN Melaka dibubar hari ini tidak benar

MELAKA: Unit Media Komunikasi Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan hari ini.

Penafian itu dibuat susulan penyebaran maklumat yang mendakwa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menerusi maklumat yang tular, kononnya majlis berkenaan berlangsung pada 15 September 2026, jam 10.30 pagi di Bilik Tamu, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Ketua Komunikasi Media Pejabat Ketua Menteri Melaka, NorHafizah Mohd Sati menegaskan bahawa perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman mengenai perjumpaan seperti yang didakwa dalam maklumat yang tular itu.

“Sebarang kenyataan rasmi daripada Pejabat Ketua Menteri akan dimaklumkan segera sekiranya terdapat perkara berkaitan. Segala yang tular adalah tidak sahih sama sekali,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi

Sehubungan itu, beliau meminta pihak media dan orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat yang tular tanpa mendapatkan pengesahan rasmi daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka. – UTUSAN

The post Khabar angin DUN Melaka dibubar hari ini tidak benar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved