Khairul Aming Cipta Rekod, Jualan Rendang Nyet Raih RM1 Juta Dalam Tempoh 19 Saat

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2025 • 2:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Amin sah mencatatkan jualan sebanyak RM1 juta dalam tempoh 19 saat sekali lagi mencipta sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Raih jualan RM1 juta dalam tempoh 19 saat

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul Amin meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dengan membeli produk keluarannya.

@khairulaming

Launching RM 1 juta rendang nyet sold out dalam 19 saat, bukan 30 saat. Laju betul jari korang semua . This one is for all of us, terima kasih guysss sebab support selalu support perniagaan lokal

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

“Selepas mendapat data rasmi dari TikTok Shop dan Malaysia Book Of Records, hari ini terbukti secara rasmi untuk perasmian rendang nyet, kami capai RM1 juta habis dijual dalam tempoh 19 saat dan bukan 30 saat.

“Ini pencapaian luar biasa, laju betul jari anda semua. Kejayaan ini untuk kita semua, terima kasih sebab sentiasa sokong perniagaan lokal,” kata Khairul Amin, semalam.

image is not available

Difahamkan, Khairul Amin juga turut menawarkan percutian penuh ke New Zealand bagi lima orang pembeli terpantas produk baharunya itu.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi balas dalam kalangan warganet dan rata-ratanya mengucapkan tahniah atas pencapaian luar biasa itu serta meluahkan rasa bangga kerana terdapat orang Melayu yang berjaya pada usia yang masih muda.

Tahniah

image is not available

Bangga anak Melayu berjaya

image is not available

Moga tambah maju

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 235,000 tontonan dan menerima lebih 21,000 tanda suka.

Sumber: TikTok khairulaming

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved