Penunggang motor maut dilanggar lori

18 Sep 2026 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penunggang motor maut dilanggar lori

KUNAK: Seorang penunggang motosikal berumur 50 tahun maut selepas dilanggar oleh sebuah Lori jenis mitsubishi fuso (rigid truck) di KM6, Jalan Kunak - Lahad Datu berhampiran sebuah simpang empat, di sini pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Rejali Angong berkata kemalangan berlaku sekitar jam 11 pagi.

Dalam kejadian itu, lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Kunak.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori berkenaan tidak dapat mengelak motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang kanan jalan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, lori itu tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut, penunggang terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu lori berumur 20an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rejali menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan lalulintas.

“Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa memastikan jarak dan keadaan trafik benar-benar selamat sebelum keluar dari simpang bagi mengelak risiko kemalangan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved