Khairul Aming keluarkan produk baharu, sanggup turun laut demi Sambal Nyet Bilis

LocalFood
3 Aug 2026 • 4:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa KA terus mejadi perhatian rakyat Malaysia apabila mengumumkan pelancaran produk keempatnya iaitu Sambal Nyet Bilis.

Image from: Khairul Aming keluarkan produk baharu, sanggup turun laut demi Sambal Nyet Bilis

Menerusi perkongsian di Instagram , Khairul Aming memaklumkan sambal terbaharu itu menawarkan kelainan dari segi rasa dengan tahap kepedasan yang lebih ‘kick’, selain dihasilkan menggunakan lebih banyak bahan berbanding produk sebelum ini.

“Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan,” katanya.

Bagi memastikan kualiti produk berada pada tahap terbaik, Khairul Aming sendiri turun ke laut Setiu, Terengganu untuk mendapatkan bekalan ikan bilis segar. Selain itu, beliau turut ke kebun di Banting, Selangor bagi memilih cili yang akan digunakan dalam penghasilan sambal tersebut.

Khairul Aming berkata, pelancaran produk kali ini merupakan yang terbesar pernah dilaksanakan sejak beliau memulakan perniagaan enam tahun lalu.

Image from: Khairul Aming keluarkan produk baharu, sanggup turun laut demi Sambal Nyet Bilis

“Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni,” kongsinya.

Difahamkan, sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan pada jualan pertama yang dijadual berlangsung pada 7 Ogos menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok Khairul Aming. Bagaimanapun, harga produk berkenaan masih belum didedahkan.

Dalam perkongsian sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap perniagaannya sepanjang enam tahun lalu.

Artikel lain: Dari tahun lepas belum berehat, Khairul Aming izin undur diri -“Jatuh air mata edit video…”

Sebelum ini, Khairul Aming mencipta fenomena menerusi beberapa produk keluarannya termasuk Sambal Nyet Berapi yang diperkenalkan pada 2021, sebelum disusuli dengan Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi yang dilancarkan pada Ogos 2025.

Sumber: Instagram khairulaming

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved