
PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara bagi menyembah maklum perkembangan semasa Kementerian Pertahanan (Mindef).
Beliau berkata, pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
“Menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menerima mengadap saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
“Menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan semasa dan perjalanan Kementerian Pertahanan, termasuk pelaksanaan agenda serta keutamaan pertahanan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE
The post Khaled Nordin sembah maklum perkembangan Mindef appeared first on Kosmo Online.






