LIMA perlu standard antarabangsa atau berdepan risiko ketinggalan

5 Sep 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LIMA perlu standard antarabangsa atau berdepan risiko ketinggalan

KOTA TINGGI – Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) menuntut penambahbaikan drastik merangkumi keluasan tapak dan fasiliti bertaraf antarabangsa bagi memastikan pameran berprestij itu kekal relevan dalam saingan sengit pameran pertahanan serantau.

​Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya aspek tersebut tidak dinaik taraf mengikut standard antarabangsa, negara berdepan risiko kehilangan penyertaan peserta antarabangsa pada masa akan datang.

​Menurutnya, persaingan kini dilihat semakin sengit apabila negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand mula agresif menganjurkan pameran pertahanan tersendiri.

“Jadi atas sebab itu, kita kena sentiasa melakukan penambahbaikan. Kalau misalnya di Langkawi terlalu kecil, maka kita kena cari (tempat lain). Kalau tidak, memang penyertaannya kurang seperti yang kita harapkan.

“Jadi saya membayangkan persaingannya sangat kuat, lebih-lebih lagi banyak negara di sekeliling kita sudah mula untuk menganjurkan pameran pertahanan dan sebagainya.

“Itu sebabnya saya beri bayangan satu kawasan yang boleh tampung (lebih besar) dan yang boleh memudahkan semua datang dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, sekiranya ruang di Langkawi tidak lagi mampu menampung keperluan penyertaan besar, kawasan berpotensi lain seperti Klebang, Melaka boleh dipertimbangkan pada masa hadapan.-KOSMO! ONLINE

The post LIMA perlu standard antarabangsa atau berdepan risiko ketinggalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved