Khalifah Hulubalang, Azlan & The Typewriter, Ella gegarkan pentas ROTF

LocalEntertainment
1 Sep 2026 • 11:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Khalifah Hulubalang, Azlan & The Typewriter, Ella gegarkan pentas ROTF
Persembahan program muzikal ROTF menampilkan Ella, Azlan dan Khalifah Hulubalang di MAEPS Serdang bersempena MAHA 2026 pada Isnin.
Image from: Khalifah Hulubalang, Azlan & The Typewriter, Ella gegarkan pentas ROTF
Sebahagian pengunjung MAHA 2026 teruja menyaksikan persembahan Ella, Azlan dan Khalifah Hulubalang.
Image from: Khalifah Hulubalang, Azlan & The Typewriter, Ella gegarkan pentas ROTF
Persembahan bertenaga ditampilkan Ella pada program muzikal ROTF di MAEPS Serdang pada Isnin.

PROGRAM muzikal Rhythm of the Farmers (ROTF) terus menghangatkan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 dengan menampilkan penyanyi dan artis berkumpulan ternama tanah air.

Bertemakan Rock Anthem: Legacy, persembahan awal yang bermula sekitar jam 8.30 malam pada Isnin disajikan dengan persembahan artis berkumpulan tempatan, Hafiz & The Gang.

Memasuki jam 9.10 malam, pentas ROTF dirancakkan dengan persembahan bertenaga daripada band Khalifah Hulubalang.

Kumpulan rock tanah air itu membawakan lima buah lagu iaitu Khalifah, Kasihnya Laila, Assalamualaikum Ustazah, Hang Pi Mana dan Tanggal 31.

**media[3632738]**

Persembahan bertenaga tersebut ternyata menghiburkan sekitar 2,000 pengunjung yang hadir menyaksikan di tapak Perkampungan Bang Mat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Pentas persembahan ROTF seterusnya dihangatkan lagi dengan alunan suara serak basah daripada penyanyi tersohor negara, Azlan & The Typewriter.

Azlan menyampaikan tiga buah lagu iaitu Jangan Khianati Aku, Lagu Untukmu serta Semalam Yang Hangat (Wings).

Tidak terhenti di situ, Ratu Rock negara, Ella terus menghangatkan lagi kemeriahan ROTF dengan persembahan memukau menerusi tiga buah lagu iaitu Layar Impian, Sembilu serta Standing In The Eyes Of The World.

**media[3632741]**

Malah Ella juga bersetuju menunaikan permintaan pengunjung untuk menyampaikan sebuah lagu lagi bagi menghiburkan peminat setia.

Hadir sama menyaksikan persembahan tersebut adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Program muzikal ROTF dibawakan oleh MardiCorp Sdn. Bhd. dan ia merupakan persembahan percuma kepada pengunjung MAHA 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved