Khas Buat Pemegang MyKad, Tiket Tambahan F1 GP Bahrain 2026 Kini Dibuka

15 Sep 2026 • 8:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Khas Buat Pemegang MyKad, Tiket Tambahan F1 GP Bahrain 2026 Kini Dibuka

Khas buat peminat Formula 1 dalam kalangan rakyat Malaysia, tiket tambahan bagi menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 kini dibuka untuk jualan.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Bahrain International Circuit dan Sepang International Circuit, yang memaklumkan ketersediaan tiket tambahan bagi perlumbaan berkenaan.

Tiket tambahan F1 GP Bahrain 2026 kini dibuka

Tiket tambahan bagi kategori B General Admission kini tersedia khusus untuk warganegara Malaysia yang merupakan pemegang MyKad, selain tiket antarabangsa bagi kategori sama.

Dalam pada itu, tiket antarabangsa yang terhad turut disediakan untuk kategori Main Grandstand dan K2 Hillstand.

Baca juga:

Orang ramai disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat untuk menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 sebelum tiket berkenaan habis.

Peminat yang berminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman rasmi bahraingp.com atau menghubungi talian +973 17450000 untuk sebarang pertanyaan.

Tiket adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved