Khazan letak jawatan, enggan pangku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Khazan letak jawatan, enggan pangku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu

KUALA NERUS – Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Khazan Che Mat memutuskan untuk turut meletakkan jawatan berkuat kuasa minggu depan.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu itu berkata, beliau juga akan melepaskan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Nerus.

“Saya menyertai Bersatu atas perlawaan Datuk Razali Idris pada 2016. Saya tidak fikir mahu memangku jawatan Ketua Pimpinan Bersatu negeri selepas beliau melepaskannya pada Khamis lalu.

“Keputusan ini juga diambil dengan mengambil kira pandangan ahli jawatan kuasa lain dan selepas menyelesaikan isu berbangkit di Pejabat Bersatu negeri,” katanya di sini hari ini .

Kosmo! Online Jumaat lalu melaporkan Razali mengesahkan melepaskan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu dan Ketua Bersatu Bahagian Marang diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Mohd. Zawawi Ismail dan Mohd. Husaimi Hussin (Hulu Besut) masing-masing sebagai Ketua Penerangan dan Bendahari badan pimpinan negeri.

Dalam pada itu, Khazan turut berkilan beberapa Bahagian Bersatu Terengganu gagal mengadakan mesyuarat ekoran kelewatan penggantian ketua bahagian oleh kepimpinan Bersatu Pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir ituberkata, Bahagian Hulu Terengganu dan Besut selepas ketua bahagian masing-masing digantung dan keluar parti.

“Sampai hari ini, dua kekosongan itu tidak di isi malah ibu pejabat (Bersatu) juga tidak secara rasmi melantik timbalan bahagian masing-masing sebagai pemangku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Khazan letak jawatan, enggan pangku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved