Perkhidmatan Dr. Solehah Yaacob di UIAM tamat April lalu

23 Aug 2026 • 3:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkhidmatan Dr. Solehah Yaacob di UIAM tamat April lalu

PETALING JAYA – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memaklumkan Dr. Solehah Yaacob tidak lagi berkhidmat sebagai kakitangan akademik di universiti berkenaan berkuat kuasa 27 April lalu.

UIAM dalam satu kenyataan berkata, susulan tamatnya perkhidmatan beliau, Dr. Solehah juga tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universiti itu atau mewakili institusi berkenaan dalam apa-apa perjawatan.

“Sehubungan itu, penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk afiliasi rasmi dengan UIAM adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, larangan itu turut melibatkan penggunaan gelaran atau perjawatan yang berkait dengan universiti berkenaan dalam sebarang bahan promosi, pelaporan media, penerbitan, pengiklanan dan kandungan media sosial.

“Ia juga termasuk bahan publisiti atau hebahan lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“UIAM berharap agar penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan kekeliruan demi menjaga integriti dan kesarjanaan akademia,” katanya.

Terdahulu, Solehah sebelum ini mendapat perhatian umum susulan beberapa pandangan beliau termasuk mengenai sejarah dan tamadun Melayu.- KOSMO! ONLINE

The post Perkhidmatan Dr. Solehah Yaacob di UIAM tamat April lalu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved