Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob tamat 27 April 2026, tidak lagi boleh dikaitkan dengan UIAM

23 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob tamat 27 April 2026, tidak lagi boleh dikaitkan dengan UIAM Image from: Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob tamat 27 April 2026, tidak lagi boleh dikaitkan dengan UIAM johardy23/08/2026 - 08:00 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

SHAH ALAM 23 Ogos - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu telah berakhir berkuat kuasa 27 April 2026.

 

Sehubungan itu, UIAM berkata, Solehah tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universiti berkenaan atau mewakili UIAM dalam apa-apa perjawatan.

 

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM hari ini, penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk kaitan rasmi dengan UIAM oleh Solehah adalah tidak dibenarkan.

 

 

 

 

 

UIAM berkata, ketetapan itu turut meliputi penggunaan gelaran atau perjawatan yang mengaitkan beliau dengan universiti berkenaan dalam bahan promosi, pelaporan media, penerbitan dan pengiklanan.

 

Ia juga merangkumi kandungan media sosial, bahan publisiti atau bahan hebahan lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

 

UIAM berharap penjelasan mengenai status perkhidmatan dan kaitan rasmi Solehah dengan universiti itu dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.


 

UIAM
Kampus induk Universiti Islam Antarabangasa Malaysia di Gombak, Selangor



Pernah cetus perdebatan mengenai sejarah Melayu

Solehah sebelum ini mendapat perhatian umum susulan beberapa pandangannya mengenai sejarah dan tamadun Melayu, termasuk teori bahawa masyarakat Rom purba mempelajari teknologi pembinaan kapal daripada masyarakat Alam Melayu.

 

Terbaharu, beliau membentangkan teori bahawa kekayaan bijih besi di Kedah purba mungkin berpunca daripada hujan meteor pada zaman silam.

 

 

 

 

 

 

Pembentangan bertajuk Besi Dari Langit — Mengapa Kedah Kaya Dengan Besi? itu mengaitkan susun atur geologi Gunung Jerai dan kompleks peleburan besi purba di Sungai Batu dengan kemungkinan kesan hentaman objek dari angkasa.

 

Bagaimanapun, dakwaan berhubung asal-usul meteor itu dilaporkan bercanggah dengan hasil ujian fizikal yang dijalankan terhadap bahan dan tapak di kawasan ekskavasi Sungai Batu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved