Kieda Crepe Buat Luahan Hati, Lagi Suka Jadi Diri Sendiri Dari Berpura - “Melawak Cara Sendiri Orang Terasa, Susahnya Jadi Seketul Kieda”

23 Jun 2025 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan kontroversi, Kieda Crepe sekali lagi menjadi perhatian selepas membuat luahan hati mengenai cabaran bergelar figura awam.
 

Kecewa jadi sasaran netizen

Kieda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra akui kecewa apabila dirinya sering menjadi sasaran kecaman netizen.


 

“Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata. Melawak cara sendiri orang terasa, melawak cara orang kita terima. Susahnya jadi seketul Kieda,” tulisnya.

 

Pilih jadi diri sendiri

Bagaimanapun, kata Kieda, dia tetap memilih untuk menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura demi orang lain.


 

“Semoga terus jadi diri sendiri, tak fake, tak bertalam dan tak makan kawan walaupun ada yang tidak menyukai.
 
“Jadi diri sendiri, buruk diri sendiri. Selagi saya tak burukkan orang lain, selagi tu saya tak ada masalah dengan orang lain,” coretnya.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)


Terdahulu, Kieda mendedahkan dirinya mengalami

selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil. 


 


Menerusi video di TikTok,

, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.