Kieda Crepe Terus Tuai Kontroversi, Tayang Gambar Peluk Suami Dengan Kapsyen 'My Loqshamm'

24 Jun 2025 • 1:05 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Terus menuai kontroversi, pempengaruh dan usahawan Kieda Crepe tampil memuat naik foto bersama suami tercinta dengan kapsyen yang mengundang perhatian ramai.

Dalam hantaran di Instagram Stories, Kieda berkongsi foto memeluk suaminya, Hilmi Zaki dengan kapsyen berbunyi 'my loqshamm' merujuk kepada suaminya selepas viral dijangkiti virus herpes.

Walaupun tindakan Kieda mungkin hanya bersifat gurauan, namun ramai yang kurang senang kerana ia dianggap menjatuhkan maruah seorang lelaki, terutamanya apabila melibatkan suami.

Netizen berpendapat perkongsian itu sangat sensitif dan boleh mencetuskan kontroversi di media sosial, lebih-lebih lagi jika perkara yang sama dilakukan oleh lelaki terhadap perempuan dengan meninggalkan komen berunsur tidak sopan.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Kieda mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.

Susulan menerima kecaman hebat, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.

Namun begitu, gambar Insta Story bersama suaminya dilihat sudah tiada dan berkemungkinan telah dipadam oleh Kieda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved