Kilang dipercayai jadi punca Sungai Sitiawan tercemar

LocalEnvironment
31 Aug 2026 • 7:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kilang dipercayai jadi punca Sungai Sitiawan tercemar

LUMUT – Insiden pencemaran Sungai Sitiawan dekat sini yang menyebabkan kematian ikan dan lain-lain hidupan akuatik dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah kilang di Kg. Acheh, Sitiawan yang melepaskan sisa tercemar ke dalam sungai.

Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hawa Wahid berkata, pencemaran sungai tersebut dikesan berlaku oleh segelintir orang awam di Kampung Sitiawan dan kawasan sekitar apabila bangkai ikan ditemui ketika air surut sekitar pukul 11 pagi semalam.

Katanya, pencemaran yang tular di media sosial itu menyebabkan kematian spesies-spesies akuatik seperti ikan dan ketam.

“Sebuah kilang adalah dipercayai merupakan pihak yang disyaki melakukan pencemaran ini melalui siasatan awal orang awam di sekitar kilang tersebut.

“Insiden ini amat membimbangkan kerana pencemaran itu menjejaskan kualiti dan kesihatan ekosistem dan rantaian makanan di daerah Manjung terutamanya di kawasan Sitiawan,” katanya di sini hari ini.

Hawa berkata, lokasi pencemaran juga ialah tapak hot spot para pemancing.

Beliau berkata, hasil tangkapan di kawasan tercemar itu boleh menjejaskan kesihatan manusia dan juga haiwan lain yang bergantung kepada biodiversiti sungai berkenaan sebagai sumber makanan.

“Pihak Kuasa dan orang awam telah melaporkan isu pencemaran ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Walaupun Kuasa amat terkilan dengan pencemaran ini, kami juga berasa bangga dengan tindakan proaktif orang awam di sekitar kawasan pencemaran yang telah mendokumentasikan insiden pencemaran ini dan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kilang dipercayai jadi punca Sungai Sitiawan tercemar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved