“Kau Dah Ada Dua Susu Tu” – Netizen ‘Panas’ Lihat Aliff Syukri Buat Lawak L*cah Di TikTok Live

EntertainmentLifestyle
28 Jan 2026 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Nama usahawan sensasi, Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas didakwa membuat lawak berbaur lucah terhadap seorang pempengaruh dikenali sebagai Ratu ketika sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi satu klip yang tular di media sosial, Aliff Syukri dilihat berinteraksi dengan pempengaruh tersebut ketika sesi jualan secara langsung sebelum melontarkan gurauan berkaitan “susu”, yang kemudiannya dianggap tidak sesuai oleh sebahagian penonton.

Advertisement

image is not available image is not available

Rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan ada yang menganggap kenyataan itu sebagai gurauan semata-mata dalam konteks jualan, namun tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif dan berunsur lucah, apatah lagi disampaikan dalam platform awam.

Sebahagian netizen turut menegur agar personaliti terkenal lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata ketika bersiaran secara langsung, memandangkan sesi tersebut ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda.

image is not available

Setakat ini, Aliff Syukri mahupun pempengaruh terbabit belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-27 17:52:13

"Saya Ada Bukti" - Chegubard Akan Dedah Penyelewengan Libatkan Pusat Zakat, Pemimpin Tertinggi

The post “Kau Dah Ada Dua Susu Tu” – Netizen ‘Panas’ Lihat Aliff Syukri Buat Lawak L*cah Di TikTok Live first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.