Kisah Rasulullah Buat Zizie Izette Terkenang Arwah Bung Mukhtar – “Dia Tak Pernah Simpan Dendam”

24 Aug 2026 • 4:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan personaliti media sosial, Zizie Izette, berkongsi momen menyentuh hati apabila teringatkan arwah suaminya ketika menghadiri sebuah sesi ceramah.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizie berkata penceramah ketika itu menceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdepan pelbagai penghinaan dan kezaliman, namun tetap memilih untuk bersabar serta memaafkan.

Advertisement

zz

Menurut Zizie, perkongsian tersebut membuatkan dirinya sebak sehingga terpaksa mengesat air mata secara perlahan.

“Masa dengar cerita tu, perlahan-lahan saya capai tisu dalam handbag, toleh kiri kanan, harap tak ada siapa nampak yang saya actually tengah menangis.”

Zizie kemudian mengakui kisah tersebut mengingatkannya kepada arwah suami.

“Teringat arwah suami.”

Dalam hantaran seterusnya, Zizie menceritakan sisi arwah yang mungkin tidak diketahui ramai.

Katanya, arwah tidak pernah menyimpan dendam atau mengambil hati dengan kata-kata orang terhadap dirinya.

@zizie.fans4

Kehilangan itu perit, tetapi rindu yang tinggal lebih menyakitkan. Namun di situlah bukti betapa berharganya dia dalam hidup kita.. #zizieizette #kehilangan #rindu #fyp??

? suara asli – Sagala Musik – Sagala Musik

“Dia tak pernah simpan dendam atau ambil hati dengan apa orang kata tentang dia.”

Malah, Zizie berkata arwah tetap berbuat baik dan sedia membantu termasuk terhadap individu yang pernah melakukan perkara kurang baik kepadanya.

“Even dengan orang yang pernah buat macam-macam dekat dia pun, dia tetap berbaik dan memaafkan. Kalau orang tu perlukan pertolongan, dia tetap tolong.”

Perkongsian itu membuatkan Zizie kembali terkenangkan sisi peribadi arwah yang mungkin tidak sempat diketahui ramai.

“Entah kenapa semalam, cerita tu betul-betul buat saya tersentuh hati dan teringat arwah dan sisi dirinya yang mungkin tak ramai orang sempat kenal.”

Mengakhiri perkongsian, Zizie turut menitipkan doa buat arwah.

“Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkan arwah di taman syurga-Nya.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah ibu ss2026-08-21 11:06:53

"Bukan Saya Tak Sayang Dia Tapi..." - Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Sepenuhnya Kehadiran Bella Astillah

The post Kisah Rasulullah Buat Zizie Izette Terkenang Arwah Bung Mukhtar – “Dia Tak Pernah Simpan Dendam” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved