Kisah sifat pemaaf Rasulullah buat Zizie Izette teringat Bung Moktar

24 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kisah sifat pemaaf Rasulullah buat Zizie Izette teringat Bung Moktar

KUALA LUMPUR: Kisah mengenai sifat pemaaf Rasulullah SAW yang diceritakan seorang penceramah ketika menghadiri program ESQ semalam, mengundang sebak pelakon dan selebriti media sosial, Datin Seri Zizie Izette apabila ia mengingatkannya kepada sisi peribadi Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menerusi perkongsian di media sosial, Zizie berkata, kisah Rasulullah SAW yang tetap sabar meskipun dikeji, dihina dan dimaki membuatkan fikirannya terarah kepada Allahyarham yang menurutnya turut memiliki sifat tidak menyimpan dendam terhadap orang lain.

“Semalam saya dekat ESQ. Penceramah bercerita tentang Rasulullah, bagaimana baginda dikeji, dihina, dimaki, tapi tetap sabar dan memilih untuk memaafkan.

“Masa dengar cerita itu, perlahan-lahan saya capai tisu dalam tas tangan, toleh kiri kanan, harap tak ada siapa nampak yang saya sebenarnya tengah menangis. Teringat arwah suami,” katanya.

Zizie bagaimanapun sedar sifat mulia Rasulullah SAW tidak boleh dibandingkan dengan manusia biasa, namun berkata kisah tersebut mengingatkannya kepada sifat Allahyarham yang mungkin tidak diketahui ramai.

“Tentu, memang tak bolehlah nak bandingkan dengan Rasulullah. Tapi begitulah sifat arwah yang mungkin ramai orang tak tahu. Dia tak pernah simpan dendam atau ambil hati dengan apa orang kata tentang dia,” katanya di Thread.

Menurut Zizie, Allahyarham suaminya juga tidak pernah membiarkan perbuatan buruk orang lain menghalangnya daripada berbuat baik, termasuk terhadap individu yang pernah melakukan pelbagai perkara terhadap dirinya.

“Walaupun dengan orang yang pernah buat macam-macam kepada dia pun, dia tetap berbaik dan memaafkan. Kalau orang itu perlukan pertolongan, dia tetap tolong.

“Entah kenapa semalam, cerita itu betul-betul buat saya tersentuh hati dan teringat arwah dan sisi dirinya yang mungkin tak ramai orang sempat kenal,” katanya.

Mengakhiri perkongsian, Zizie menitipkan Al- Fatihah buat Allahyarham dan mendoakan agar arwah ditempatkan di tempat terbaik di sisi Allah SWT.

“Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkan arwah di taman syurga-Nya,” katanya.

Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meninggal dunia pada 5 Disember 2025 jam 1.46 pagi pada usia 66 tahun.

The post Kisah sifat pemaaf Rasulullah buat Zizie Izette teringat Bung Moktar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved