Dengar kisah Rasulullah, Zizie Izette terkenang Bung Moktar -“Arwah tak pernah simpan dendam”

LocalEntertainment
24 Aug 2026 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette terkenang sikap Allahyarham suaminya, bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa.

Allahyarham tak pernah ambil hati kata-kata orang

Menerusi perkongsian di Thread, Zizie Izette Abdul Samad, 47, menyatakan Allahyarham juga tidak pernah mengambil hati dengan apa yang diperkatakan orang terhadap dirinya, malah tetap memilih untuk berbuat baik dan memaafkan mereka yang pernah melakukan perkara buruk terhadapnya.

Zizie berkongsi perkara itu selepas menghadiri sebuah program agama.

“Dia (suami) tidak pernah simpan dendam atau ambil hati dengan apa orang kata tentang dia.
“Malah dengan orang yang pernah buat macam-macam dekat dia pun, dia tetap berbaik dan memaafkan.
“Kalau orang itu perlukan pertolongan, dia tetap tolong… Entah kenapa semalam (Ahad), cerita itu betul-betul buat saya tersentuh hati dan teringat arwah dan sisi dirinya yang mungkin ramai orang tak sempat kenal,” katanya.

Image from: Dengar kisah Rasulullah, Zizie Izette terkenang Bung Moktar -“Arwah tak pernah simpan dendam”

Sifat arwah yang ramai tak tahu

Menurutnya, kisah mengenai sifat Rasulullah SAW yang tetap sabar dan memilih untuk memaafkan walaupun dihina serta dicaci membuatkan dirinya teringat kepada Allahyarham.

“Teringat arwah suami. Sudah tentu memang tak bolehlah nak bandingkan dengan Rasulullah tapi begitulah sifat arwah yang mungkin ramai orang tak tahu,” ujarnya.

Image from: Dengar kisah Rasulullah, Zizie Izette terkenang Bung Moktar -“Arwah tak pernah simpan dendam”

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua anak angkat.

Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Sumber: Thread zizieizzete

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved