Kisah ‘Rider’ Grab Ini Sentuh Hati Ramai, Netizen Kata Bukti Masih Ada Lelaki Bertanggungjawab – “Mindset Provider”

6 Jun 2025 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular video dikongsikan @storie.my tentang lelaki bernama Amir yang merupakan seorang Grab rider bekerja keras sepanjang hari untuk isteri dan dua anaknya.

Hantaran itu menunjukkan Amir berkongsi tentang rutin hariannya yang bermula dengan menghantar isteri ke tempat kerja sebelum dia memulakan mengambil pesanan di Grab.

Katanya, kerana komitmen yang bertambah isterinya yang sebelum ini suri rumah membuat keputusan untuk bekerja dan membantu kewangan keluarga.

I rasa sedihlah. Sepatutnya kita lelaki kita kena provide semualah, tapi I tak boleh. Dia terpaksa kerja untuk support I juga.

image is not available

Tambah Amir, dia tidak boleh mengeluh kepenatan kerana berazam untuk bekerja keras demi membesarkan anak-anaknya.

Meskipun terasa penat, kata Amir apabila berjumpa dengan anak-anak dan memikirkan keluarga dia menjadi semangat untuknya bekerja.

I nak besarkan anak-anak, so nak taknak, penat ke tak penat kena buat (kerja) juga.

Pulang ke rumah pada waktu tengah malam, Amir akan tidur pada jam 1 pagi dan bangun semula jam 6 pagi membuatkannya tidak dapat luangkan banyak masa bersama keluarga.

Tiada benda yang lebih penting dari mereka. Saya akan dahulukan dorang. Saya cuba jadi yang terbaik walaupun I sekarang cuma Grab rider, saya akan cuba sehabis baik.

@storie.my This is Amir, a Grab rider who gives his all every day Listen to the story of Brother Grab and surprise him with the OPPO Pad SE – lightweight, long-lasting battery, perfect for work and relaxing after work. Original price RM699 – but from June 6 to 8, you can get it for only RM599! It’s also a great gift for the family! #storiemy #OPPOPadSE ♬ original sound – Storie

 

Netizen sebak, puji mindset Amir

Hantaran itu meraih banyak respon dan komen daripada netizen di mana rata-ratanya mendoakan agar Amir dimurahkan rezeki.

Dalam pada itu, netizen turut memuji Amir kerana sangat bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya selain turut memuji keadaan rumah pasangan berkenaan yang bersih dan kemas.

image is not available

image is not available image is not available

Sesetengah individu juga salute terhadap Amir dan memuji mindset yang dimilikinya untuk menjadi provider dalam rumah tangga.

Bagusnya abang ni. At least dia tahu dia kena provide dan kerja keras walaupun tak mampu provide semua.

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: