'Kita benar rambut yang warnanya hampir....' Netizen persoal gambar MyKad Jaclyn Victor, ini jawapan JPN

19 Sep 2026 • 7:26 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Kita benar rambut yang warnanya hampir....' Netizen persoal gambar MyKad Jaclyn Victor, ini jawapan JPN

BARU-baru ini isu berkaitan prosedur gambar kad pengenalan generasi baharu oleh penyanyi Jaclyn Victor menjadi perhatian ramai.

Rata-rata mempersoalkan sama ada rambut yang diwarna melepasi prosesur dan etika gambar MyKad atau wujud layanan berbeza terhadap orang awam.

Menerusi perkongsian di Kool FM, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara, Muhammad Asraf Sukadi menjelaskan rambut berwarna sebenarnya tidak dilarang secara mutlak.

"Secara asasnya, kita benarkan rambut yang warnanya hampir dengan rambut asal, contohnya warna uban ataupun yang menggunakan inai yang tidak terlalu ketara.

"Sebagai contoh, sekiranya individu itu memang berketurunan Eurasian kita benarkan dan tiada masalah.

"Tetapi bukanlah seperti keturunan Jawa tetapi rambutnya diwarnakan perang," katanya.

Jelasnya, pemohon tidak wajib memakai tudung hitam, sebaliknya digalakkan memilih warna gelap supaya perincian wajah dan tudung lebih jelas dengan latar belakang putih.

"Bagi warna tudung pula, kita tidak cakap wajib hitam, tetapi perlu berwarna gelap," katanya.

Penjelasan berkenaan diberikan selepas gambar Jaclyn Victor memperbaharui MyKad dengan rambut yang bukan berwarna hitam asli menjadi tular pada Khamis.

Situasi berkenaan menyebabkan sebahagian warganet mempersoalkan prosedur sebenar yang digunakan JPN.

Sekadar info, terdapat dua pembaharuan pada MyKad generasi baharu iaitu kod QR pada bahagian belakangnya bagi tujuan penguatkuasaan dan dip dwifungsi yang menyokong penggunaan secara sentuh dan tanpa sentuh (NFC).

Sumber: Facebook

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved