“Kita dengar rintihan rakyat… Kerajaan akan naikkan kadar SARA dalam masa terdekat” – PM Anwar

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 9:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.

“Walaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, (di Negeri Sembilan) Datuk Seri Aminuddin bagi bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah selesai masalah? Belum.
“Kerana itu, kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat semua,” katanya pada Rabu.

Image from: “Kita dengar rintihan rakyat… Kerajaan akan naikkan kadar SARA dalam masa terdekat” – PM Anwar

Terdahulu, Anwar memaklumkan Kerajaan Madani akan terus memperhalusi kemungkinan meningkatkan jumlah bantuan kepada rakyat termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengizinkan.

Image from: “Kita dengar rintihan rakyat… Kerajaan akan naikkan kadar SARA dalam masa terdekat” – PM Anwar

Artikel lain: PM Anwar seru rakyat pilih pemimpin berintegriti, bukan sekadar pandai berjanji

Menurut beliau, perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan 2027.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved