“Kita sentiasa dipantau” – Anak Asaari Muhammad Nafi GISBH Ikut Amalan Al-Arqam

Entertainment
15 Oct 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang masih bercakap mengenai isu syarikat kontroversi Global Ikhwan Services Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Terbaru, anak perempuan pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad menegaskan ahli GISBH tidak lagi mengikuti amalan kumpulan berkenaan yang telah diisytihar sesat itu seperti dakwaan orang ramai.

Menurut Khaulah Asaari yang juga merupakan pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH turut mengesahkan mereka tidak mengamalkan Aurad Muhammadiyah.

@sinarharianonline

Pengikut GISBH tidak ikut amalan Al-Arqam – Anak Asaari Anak perempuan pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad mengesahkan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak lagi mengikuti amalan kumpulan berkenaan yang telah diisytihar sesat itu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury. Khaulah Asaari, 38, yang juga merupakan pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH turut menegaskan bahawa ahli-ahli dalam kumpulan tersebut juga tidak mengamalkan Aurad Muhammadiyah. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

“Berkait amalan yang dikatakan, memang GISBH konsisten untuk tidak lagi mengamalkan apa-apa ajaran yang dikatakan sesat atau salah mungkin ada juga tahu kita sentiasa mengikuti kursus pihak berkuasa termasuk jabatan agama dan kita mengikuti proses istitabah (bertaubat) yang dikendalikan di Jabatan Mufti Selangor.

Kita juga berkomitmen tidak mengamalkan apa-apa yang dilakukan sebelum ini iaitu pada zaman Al-Arqam,” katanya.

Dalam pada itu, Khaulah juga berkongsi silibus pelajaran di sekolah agama seliaan GISBH juga berpandukan silibus ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kami juga sentiasa dipantau oleh jabatan agama selepas mengikuti kursus selama 500 jam dan kami juga dipantau untuk dipastikan tidak ada pengulangan amalan begitu (Al-Arqam),” tegasnya.

Susulan video ahli GISBH memuja Abuya (Asyaari) pula, Khaulah berkata ia merupakan video lama sekitar 2011.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.