Kitacon raih kontrak RM55 juta daripada Sime Darby Property bina kilang di Elmina, Selangor

LocalBusiness & Finance
10 Nov 2026 • 2:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kitacon raih kontrak RM55 juta daripada Sime Darby Property bina kilang di Elmina, Selangor Image from: Kitacon raih kontrak RM55 juta daripada Sime Darby Property bina kilang di Elmina, Selangor liza10/11/2026 - 14:14 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Nov – Kumpulan Kitacon Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM54.872 juta daripada Sime Darby Property (Elmina North) Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja utama pembinaan bangunan kilang di Taman Perdagangan Elmina, Selangor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kitacon berkata, anak syarikatnya menerima dan bersetuju dengan Surat Anugerah (Letter of Award) berhubung kontrak berkenaan pada 7 November 2026.

 

Kontrak itu melibatkan cadangan pembinaan dan penyiapan bangunan kilang serta bangunan sokongan di bawah Fasa i25, Taman Perdagangan Elmina, Mukim Rawang, Daerah Gombak.

 

Skop kerja pembinaan merangkumi 10 unit kilang berkembar dua tingkat jenis A1, A2, A3 dan A4, selain dua unit kilang jenis B1 dan B2 serta dua unit lagi jenis C1 dan C2.

 

Secara keseluruhan, projek itu melibatkan pembinaan 14 unit kilang dua tingkat yang turut dilengkapi kemudahan bilik pengumpulan sampah dan ruang pengecasan kenderaan elektrik (EVCB).

 

Selain itu, kerja pembinaan turut merangkumi sebuah Stesen Suis Utama (Main Switch Station) dan dua unit Pencawang Elektrik Pengagihan (Distribution Substation).

 

Projek dijangka siap dalam tempoh 22 bulan

Menurut Kitacon, kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 30 November 2026 dan perlu disiapkan dalam tempoh 22 bulan dari tarikh permulaan tersebut.

 

Dari segi kewangan, kontrak berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham Kumpulan Kitacon.

 

Bagaimanapun, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027 dan seterusnya sehingga kontrak berkenaan tamat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved