Nestcon peroleh kontrak RM161 juta bina pangsapuri servis 36 tingkat di Gombak

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 5:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nestcon peroleh kontrak RM161 juta bina pangsapuri servis 36 tingkat di Gombak Image from: Nestcon peroleh kontrak RM161 juta bina pangsapuri servis 36 tingkat di Gombak liza06/11/2026 - 17:34 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Nov – Nestcon Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB) memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM161 juta daripada B.U. Developments Sdn Bhd bagi membangunkan sebuah blok pangsapuri servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Nestcon berkata, NBSB menerima surat anugerah (LOA) bertarikh 2 November 2026 daripada B.U. Developments pada 6 November 2026 bagi melaksanakan kerja pembinaan utama projek berkenaan.

 

“Projek itu melibatkan pembinaan sebuah blok pangsapuri servis setinggi 36 tingkat di Lot PT5843, Seksyen 2, Bandar Baru Ulu Kelang dengan tempoh pelaksanaan keseluruhan selama 34 bulan.

 

“Sehubungan itu, projek berkenaan dijangka siap pada 1 September 2029,” katanya.

 

NBSB turut bertanggungjawab terhadap tempoh liabiliti kecacatan selama 30 bulan bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam Sijil Siap Praktikal (Certificate of Practical Completion) bagi kerja pembinaan utama.

 

Positif kepada prestasi kewangan

Nestcon berkata, penerimaan kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham serta nisbah gearing kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

 

Syarikat itu juga tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan penerimaan dan pelaksanaan kontrak berkenaan.

 

Bagaimanapun, Nestcon akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko berkenaan sekiranya berlaku.

 

Dalam pada itu, penerimaan kontrak berkenaan tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Nestcon atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.

 

Nestcon turut memaklumkan bahawa tiada pengarah atau pemegang saham utamanya, mahupun individu yang mempunyai hubungan dengan mereka, mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved