KitKat lancar Salted Caramel Cookies edisi terhad serba baharu

Food
11 Aug 2023 • 4:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KitKat lancar Salted Caramel Cookies edisi terhad serba baharu

diyana

11/08/2023 - 16:11

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Nestlé’ KitKat telah melancarkan KitKat Salted Caramel Cookies edisi terhad serba baharu, menambat selera dengan kombinasi lazat wafer rangup, disaluti coklat susu dan cebisan biskut karamel masin rangup.

Sempena pelancaran produk terbaharu ini, pameran lima hari diadakan di IOI City Mall, Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023.

KitKat Salted Caramel Cookies boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal empat jejari dan pek multi dua jejari yang mempunyai lima pek kecil di dalamnya.

image is not available

Dalam satu kenyataan media hari ini, memetik kajian Mintel, KitKat berkata pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap biskut dan juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé, Carlota Casellas berkata tinjauan pasaran dan trend terkini, terutamanya dalam kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk baharu berkenaan.

“Pastinya Generasi Z adalah golongan yang sentiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Oleh itu, KitKat telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri,” ujar beliau.

image is not available
Carlota Casellas memperkenalkan KitKat Salted Caramel Cookies edisi terhad baharu pada acara pelancaran eksklusif yang diadakan di IOI CIty Mall, Putrajaya.

Selari dengan aspirasi KitKat, ‘Berehat sebentar, Bersama KitKat’, Carlota menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing.

Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat Salted Caramel Cookies serba baharu – teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. - DagangNews.com