KJ pulang ke Sungai Buloh bertemu kepimpinan bahagian

LocalPolitics
18 Apr 2026 • 7:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairy (duduk, dua dari kiri) bertemu kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Buloh, pada Sabtu selepas diterima semula menyertai parti berkenaan.

SHAH ALAM - Hari pertama diterima semula sebagai ahli UMNO, bekas Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin pulang ke Sungai Buloh bertemu kepimpinan bahagian.

Khairy berkata, kepulangannya di bahagian tersebut merupakan langkah awal untuk kembali aktif bersama akar umbi.

"Saya diterima kembali sebagai ahli UMNO, terus pulang ke Sungai Buloh bertemu kepimpinan bahagian.

“Di sebelah saya ini Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, ini bos saya. Terima kasih kerana boleh terima saya kembali.

"Terubat rindu nak berkumpul begini, bersama mereka yang sentiasa ada di lapangan. Semoga ini menjadi titik permulaan untuk kita bangkit semula dengan lebih kuat dan bersatu di bawah UMNO," katanya menerusi perkongsian video di Facebook pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bersetuju menerima semula tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa-apa jua faktor, seperti diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka.

Selain Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar turut antara 6,252 bekas pemimpin serta ahli di peringkat bahagian dan cawangan seluruh negara yang diterima kembali ke pangkuan parti.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kepulangan bekas Ketua Pemuda UMNO yang disifatkan sebagai satu langkah positif buat parti.

“Kami bersyukur saudara Khairy sudah kembali ke Sungai Buloh. Terima kasih kerana kembali semula bersama kami,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved