KKB Engineering peroleh kontrak EPC RM212 juta daripada PETRONAS Carigali

LocalBusiness & Finance
9 Jan 2026 • 2:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KKB Engineering peroleh kontrak EPC RM212 juta daripada PETRONAS Carigali image is not available haziq09/01/2026 - 14:33 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Jan – KKB Engineering Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai RM212 juta daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, KKB berkata kontrak itu dianugerahkan kepada anak syarikat pegangan 60.81%, OceanMight Sdn Bhd dengan projek dijadualkan siap dalam tempoh 13 bulan bermula 15 Januari.

 

Menurut KKB, skop kerja meliputi fabrikasi struktur luar pesisir tetap serta kerja-kerja hos tie-in di Erb West, yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan medan hijau Belud South di luar pesisir Sabah.

 

Kumpulan itu memaklumkan kontrak berkenaan tidak memberi kesan kepada modal saham syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sepanjang tempoh pelaksanaan kontrak. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved