KKM Dedah Majoriti Pesakit Kanser, Jantung & Paru-Paru Dari Golongan B40

LocalHealth & Fitness
6 Oct 2022 • 9:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyakit kritikal ataupun Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kanser, sakit jantung, kolestrol tinggi dan diabetes sangat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila angka pesakit di Malaysia yang terkena penyakit ini meningkat dari tahun ke tahun.

KKM dedah majoriti pesakit kanser, jantung & paru-paru dari golongan B40

Namun, apa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini lebih membimbangkan apabila majoriti pesakit yang menghidap penyakit kanser, jantung dan paru-paru adalah dari golongan B40.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beberapa faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku adalah disebabkan pengambilan garam dan gula yang tinggi. beliau menegaskan bahawa penggunaan tembakau juga menjadi kesan mengapa golongan B40 terjebak dengan penyakit NCD.

image is not available

“Ini kerana golongan B40 merupakan kumpulan sasar bagi penjualan produk tembakau oleh syarikat-syarikat tersebut.”

“Kamu tahu kenapa? Sebab merekalah menjadi sasaran kumpulan syarikat-syarikat tembakau ini. Jadi tak masuk akal (mereka terjejas), sebenarnya kita nak melindungi mereka daripada kumpulan-kumpulan pembunuh ini.”

Menurut Awani, beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak yang menyifatkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Seperti yang dikongsi juga oleh Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Datuk Dr Anas Alam Faizli pada beberapa bulan lepas, tiga NCD yang dikesan dalam golongan B40 adalah darah tinggi sebanyak 29.8%, kolestrol tinggi 29.2% dan diabetes 19.8%.

Bagi membantu golongan ini daripada segi dana kesihatan, kerajaan juga sebelum ini telah memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dengan memberi fokus utama terhadap penyakit tidak berjangkit.

image is not available

Jom kita jaga kesihatan sebelum terlambat…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.