KKM gesa Pegawai Perubatan UD10 segera lapor diri sebelum 7 Oktober

1 Oct 2026 • 12:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KKM gesa Pegawai Perubatan UD10 segera lapor diri sebelum 7 Oktober
KKM memaklumkan pegawai yang terlibat perlu melengkapkan urusan lapor diri di PTj masing-masing.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa Pegawai Perubatan Gred UD10 yang masih belum melapor diri supaya berbuat demikian dengan segera sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 7 Okt ini.

Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan pegawai yang terlibat perlu melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing.

"Proses lapor diri Pegawai Perubatan Gred UD10 (Fasa 2) yang dilantik secara tetap dan berkuat kuasa mulai 28 September 2026 masih sedang berjalan dan belum selesai.

"Urusan lantikan fasa berkenaan melibatkan sebanyak 4,255 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement," menurut kenyataan itu.

Oleh itu, KKM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan memberikan ruang kepada kelancaran proses penempatan berkenaan. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved