KKM Kongsi Had Kalori 'Makanan Raya'

Health & FitnessFood
20 Mar 2026 • 3:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KKM Kongsi Had Kalori 'Makanan Raya'

Bila tiba musim perayaan, memang kita semua akan 'dikelilingi' dengan lautan makanan yang sangat menggoda selera.

Bau lemang yang dibakar, ketupat palas, dan rendang daging yang pekat tu memang mustahil untuk ditolak.

Kalau tak tambah dua tiga kali, macam tak lengkap pula raya kita, betul tak?

Tapi itulah, bila dah syok sangat melayan nafsu makan, mulalah kita pening kepala bila tengok jarum penimbang makin hari makin 'ganas' naiknya.

Bukan itu sahaja, 'vibe' raya mula rasa lain bila perut pun makin membuncit dan baju melayu atau baju kurung kegemaran pun dah mula rasa ketat semacam. Jangan sampai kancing baju tu 'terpelanting' sudahlah!

KKM Kongsi Kalori Senarai 'Makanan Raya'

Musim perayaan sering kali dipenuhi dengan pelbagai juadah yang enak dan menggoda selera seawal pagi. Namun, kawalan pengambilan makanan tetap penting bagi mengekalkan kesihatan.

Salah satu cara untuk lebih peka terhadap pengambilan makanan adalah dengan mengetahui anggaran kandungan kalori dalam hidangan yang diambil.

Secara amnya, saranan pengambilan tenaga bagi orang dewasa adalah dalam anggaran 1500 hingga 2000 kalori sehari. Bagi setiap hidangan utama pula, pengambilan yang disarankan adalah dalam anggaran 500 kalori.

Oleh itu, rancanglah pengambilan makanan anda dengan bijak agar dapat menikmati juadah perayaan secara sederhana, di samping mengekalkan berat badan yang sihat dan kesejahteraan diri.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Semoga bermanfaat.