KKM Percepat Pelantikan Tetap 4,352 Pegawai Perubatan Mulai Oktober

LocalHealth & Fitness
7 Aug 2025 • 1:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepat proses pelantikan tetap seramai 4,352 pegawai perubatan gred UD10 secara berfasa, susulan pengumuman inisiatif di bawah Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

KKM percepat pelantikan tetap 4,352 pegawai perubatan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KKM, sesi libat urus telah diadakan bersama agensi pusat seperti Kementerian Kewangan (MoF), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyegerakan proses pelantikan.

image is not available

Foto: Bernama

“Pelantikan tetap ini perlu dilaksanakan secara berfasa kerana ia melibatkan pegawai perubatan daripada beberapa kohort lantikan kontrak, di samping menjaga kebajikan pegawai dari aspek susunan kekananan,” kata KKM hari ini.

SPA kini dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepada calon-calon yang terlibat, dan dijangka akan selesai pada atau sebelum 18 Ogos 2025 dimana pegawai yang berjaya akan mula melapor diri ke fasiliti kesihatan seluruh negara seawal 2 Oktober ini.

image is not available

Foto: Bernama

Sementara itu, KKM turut merakamkan penghargaan kepada JPA, SPA dan MoF atas kerjasama erat bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses.

“KKM kekal komited untuk memastikan keseluruhan proses pelantikan ini berjalan lancar.
Ini selaras dengan langkah strategik KKM dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan awam negara dengan memastikan pengisian jawatan kritikal dilaksanakan secara terancang, seimbang dan berteraskan keperluan perkhidmatan semasa,” ujarnya.

Langkah ini dilihat sebagai antara usaha penting kerajaan dalam menangani isu kekurangan doktor tetap di fasiliti kesihatan awam, terutama pasca pandemik COVID-19.