KL City hanya turunkan 10 pemain

LocalFootball
26 Aug 2026 • 8:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KL City hanya turunkan 10 pemain

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City hanya menyenaraikan 10 pemain dalam senarai utama untuk hadapi Kuching City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hari ini.

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), The City Boys hanya memiliki 11 pemain.

Sebaliknya, pengendali pasukan, Datuk Dollah Salleh ambil keputusan untuk merehatkan seorang pemain iaitu Fazrul Amir Md Zaman untuk jadi pemain gantian tunggal bagi perlawanan ini.

Penjaga gol KL City diisi oleh import dari Filipina, Quincy Kammeraad manakala pertahanan dibarisi oleh Adam Nor Azlin, Kamal Azizi Zabri, Syazwan Andik Mohd Ishak, Giancarlo Gallifuoco dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Tugas di bahagian tengah digalas oleh J. Partiban, Kenny Pallraj dan Sharvin Selvakumaran serta hanya mengharapkan kapten, Paulo Josue di bahagian serangan.

Sebelum ini, KL City tidak dapat turun pada aksi menentang Negeri Sembilan atas alasan positif influenza.

Terdahulu, MFL menerusi kenyataan hari ini memberikan kelulusan khas buat KL City bagi membolehkan kelab itu mendaftarkan minimum 12 pemain untuk hadapi Kuching City.

MFL menjelaskan keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi daripada KL City berhubung status pendaftaran pemain kelab susulan proses penyelesaian beberapa kes tunggakan yang melibatkan bekas pemain sehingga dikenakan larangan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). – KOSMO! ONLINE

The post KL City hanya turunkan 10 pemain appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved