KL Marathon 2026 tetap diteruskan

2 Oct 2026 • 4:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KL Marathon 2026 tetap diteruskandiv:has([data-free-thinking-preview-answer=true])+:is(.text-message,.relative:has(>.text-message))]:-mt-2 grow">div:has([data-free-thinking-preview-answer=true])+:is(.text-message,.relative:has(>.text-message))]:-mt-2">

PETALING JAYA: Acara larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini akan diteruskan mengikut jadual bagi kategori Utama.

Pengarah Projek KLSCM merangkap Pengarah Dirigo Events, Rainer Biemans berkata, bagaimanapun acara Kids Dash terpaksa dibatalkan berikutan situasi jerebu.

Image from: KL Marathon 2026 tetap diteruskan

Katanya, keputusan membatalkan acara Kids Dash dibuat selepas perbincangan bersama pihak berkaitan demi mengutamakan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.

Menurut beliau, keputusan itu turut mendapat sokongan penganjur bersama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta penaja utama, Standard Chartered Malaysia.

“Kami kecewa kerana tidak dapat meneruskan acara Kids Dash, namun kami perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak berbanding membiarkan mereka berlari dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan peserta kategori lain agar sentiasa peka dengan tahap kesihatan diri masing-masing sepanjang pemanduan atau pemanduan larian kelak.

“Kami tahu ramai pelari teruja kerana larian diteruskan. Namun, kami ingin mengingatkan peserta bahawa mereka lebih mengenali tubuh sendiri. Sekiranya mempunyai masalah kesihatan, kami menasihatkan agar anda mempertimbangkan risiko sebelum membuat keputusan untuk berlari,” katanya.

Menurut penganjur, pemantauan terhadap situasi cuaca akan diteruskan sepanjang hari Sabtu dengan harapan keadaan bertambah baik pada Ahad.

Dalam pada itu, pengambilan pek larian peserta bagi acara Kids Dash yang dibatalkan boleh dibuat di Kaunter Maklumat, Dataran Merdeka pada 3 Oktober ini, bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan mengemukakan nombor bib larian anak masing-masing.

The post KL Marathon 2026 tetap diteruskan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved