KL Thunder diperkuat dua import Thailand

15 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KL Thunder diperkuat dua import Thailand

PASUKAN Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder) mempertaruhkan ‘wajah baharu’ apabila menyerap dua pemain import dari Thailand bagi memperkukuh ca­baran mereka menjelang saingan Liga Sepak Takraw Divisyen Premier yang membuka tirai secara rasmi pada 21 Oktober ini.

Dua tonggak dari negara jiran itu membabitkan pemain tekong, Chutchanan Suwannarat serta apit kiri, Supasin Boonrueng yang akan diadun bersama barisan bakat muda tempatan.

Presiden Persatuan Sepak Tak­­raw Wilayah Persekutuan Kua­la Lumpur, Datuk Sumali Re­duan menyifatkan rombakan skuad kali ini menggabungkan pemain Sukan Malaysia (SUKMA), bekas pemain kebangsaan serta kudrat import bagi membentuk skuad terbaik biarpun turun tanpa deretan bintang ternama seperti musim terdahulu.

“Ini adalah wajah baharu KL Thunder yang saya impikan. Kita sedar ramai pemain bintang dan tonggak kebangsaan sudah beralih ke pasukan lain, namun ke­tiadaan nama besar memberi ruang terbaik buat barisan pemain ini membuktikan mereka mampu bersaing di tahap tertinggi,” katanya ketika ditemui semalam.

Sumali yang juga Presiden Per­sekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkata, skuad ibu kota itu turut diperkuatkan dengan sentuhan pengendali berpengalaman dari Thailand, Niphat Wongprasert yang kembali membantu barisan kejurulatihan tempatan mengasah taktikal pasukan.

Mengulas mengenai saingan sengit membabitkan 12 pasukan dalam format tujuh pusingan Grand Prix (GP) musim ini, Sumali yakin KL Thunder mampu melakar kejutan besar sekiranya pemain tampil dengan keyakinan penuh seawal pusingan pertama.

“Turun ke gelanggang de­ngan ‘hati yang besar’. Jangan ada perasaan takut, rasa kerdil atau rendah diri kerana anda semua ada kualiti.

“Bagi tekong, ke­­lebihan bukan se­kadar servis mencari mata tetapi wa­jib mempunyai per­tahanan dan bo­la pertama yang ku­kuh,” tegasnya.

Selain dua pemain import Thailand, KL Thunder turut diperkuat Muhammad Fauzan Hairini dan Mohammad Syahril Mohd Rosdi (tekong), Mu­hammad Kamarul Ezzad (apit kiri) serta Wan Muhamad Razzuq Wan Jusoh (apit kanan).

The post KL Thunder diperkuat dua import Thailand appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved