Klien Emel Thunderbird Untuk Android Kini Boleh Dimuat Turun Semua

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dikemaskini 1 November 2024: Aplikasi Thunderbird untuk Android kini boleh dimuat turun oleh semua orang. Ujian beta telah tamat dan aplikasi klien emel ini sudah memasuki fasa stabil. Selepas 21 tahun menawarkan perkhidmatan klien emel di web dan komputer, Thunderbird kini boleh diakses pada peranti mudah alih dengan mudah.


Anda ingat lagi klien emel di bawah Mozilla iaitu Thunderbird? Dulu ia ingin dihentikan tetapi tidak menjadi kerana Thunderbird diputuskan untuk dipisahkan. Selepas itu, Mozilla Foundation memberi sokongan kewangan dan pembangunan klien emel ini diteruskan . Selepas diberikan nafas baharu dan mendengar aplikasi Android akan dibangunkan dengan penglibatan K-9 Mail – ia kini sedia diuji melalui Google Play Store.

image is not available

Ya, selepas 21 tahun Thunderbird menjadi klien emel untuk pengguna web dan komputer – versi Android akhirnya ditawarkan. Antara ciri paling menarik ditawarkan untuk pengguna K-9 Mail, semua butiran akaun boleh dipindahkan ke Thunderbird tanpa perlu log masuk semula. Kemudian pengguna Thunderbird di komputer kelak turut boleh memindahkan data terus ke aplikasi Android.

image is not available

Aplikasi Thunderbird ini turut menawarkan akses pantas log masuk dan menetapkan emel pengguna, tetapan manual masih ditawarkan, serta menjanjikan semua emel dapat sampai ke aplikasi dengan pantas. Aplikasi ini kini sedia diuji dalam bentuk beta dengan versi seterusnya akan tiba pada minggu ketiga Oktober dan versi stabil pertama menjelang minggu keempat.