Gmail adalah antara aplikasi klien emel yang cukup popular kerana digunakan oleh lebih 1.8 bilion pengguna. Untuk era kecerdasan buatan generatif, Gmail pada telefon pintar telah dikemaskini dengan Gemini untuk ringkasan emel dan membantu pengguna menulis. Kini, ia telah dikembangkan kepada web pula.

Ciri Help me write kini boleh digunakan sebaik sahaja anda ingin mula menaip emel baru. Anda hanya perlu masukkan kata kunci penting dan kemudian Gemini boleh bantu menulis keseluruhan emel. Sama ada menulis semula, mengubah format menjadi lebih formal, tona emel yang lebih santai atau juga memendekkan emel panjang. Ciri polish turut diberikan jika draf emel mempunyai 12 patah perkataan untuk Gmail masukkan teks pendek yang lebih sedap dibaca.
Polish turut boleh digunakan pada aplikasi Android dan iOS. Ciri Gmail baharu ini walau bagaimanapun terhad kepada pengguna yang melanggan Google One AI Premium sahaja buat masa ini dan tidak pasti bila ia akan diberikan kepada pengguna percuma.
