KLIMS 2024: SAIC Motor Turut Dedah MG3 HEV, Bakal Tiba 2025?

LocalCars
5 Dec 2024 • 7:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SAIC Motor Malaysia turut mendedahkan MG3 HEV di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Biarpun, di Malaysia baru sahaja dipertonton namun MG3 sebenarnya sudah pun dilancarkan secara pada Februari lalu.

Susulan itu, MG3 generasi ketiga ini telah pun mula dijual di beberapa pasaran termasuk Thailand di mana hatchback kompak ini ditawarkan dalam pilihan rangkaian kuasa hibrid.

image is not available

Trenkuasa HEV tersebut itu terdiri daripada enjin 1.5 liter 4 silinder yang ditambah dengan motor elektrik serta transmisi automatik hibrid tiga kelajuan.

Secara keseluruhan, MG3 ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 192 hp dan 313 Nm.

Dari segi luarannya, MG3 HEV dilihak cukup padat namun, menampilkan rekaan sporty yang sebenarnya membantunya kelihatan lebih menonjol berbanding hatchback lain.

image is not availableimage is not available

Ia hadir dengan gril hadapan diapit dengan lampu hadapan LED yang tajam, aksen bampar belakang yang menonjol, serta rim aloi dua tona 16 inci.

Dari segi dimensi, MG3 memiliki ukuran panjang 4,113 mm, selebar 1,797 mm, setinggi 1,502 manakala jarak roda pula 2,570 mm.

image is not available

Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, skrin digital 7 inci, pengecas tanpa wayar, upholsteri kulit dua tona untuk semua tempat duduk, tempat duduk hadapan mempunyai fungsi pemasangan, ada saluran penghawa dingin di kerusi belakang dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Walaupun kecil, MG3 ini masih mampu lagi menawarkan ruang but seluas 307 liter namun saiznya boleh ditingkatkan kepada 983 liter dengan merebahkan tempat duduk belakang

image is not available

Dari segi ciri keselamatan, MG3 HEV dilengkapi dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Lencongan (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Pengesanan Titik Buta (BSD), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Teknologi Bantuan Kesesakan Trafik (Traffic Jam Assist, TJA).

Di Thailand, MG3 HEV dipasang secara tempatan di kilang Thai SAIC Motor.

image is not available

Di situ, ia hadir dalam dua varian dimana , MG3 HEV dijual dari harga 579,900 bhat hingga 619,900 bhat (RM75,000-RM80,000).

Buat masa ini, SAIC Motor tidak mendedahkan butiran berhubung ketibaan MG3 ke Malaysia.