KLIMS 2024: Toyota GR Yaris Versi Facelift Ditayang! Bakal Dilancar Tahun Depan?

LocalCars
5 Dec 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota GR Yaris facelift membuat penampilan sulungnya di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Dikhabarkan, model hot hatch homoglasi ini akan memasuki pasaran kita selewat-lewatnya pada tahun depan.

image is not availableimage is not available

Antara kemas kini yang dilakukan pada model ini ialah, ia bukan sahaja hadir dengan transmisi manual 6-kelajuan tetapi ia juga didatangkan dengan transmisi automatik konvensional 8-kelajuan dengan talaan diinspirasikan daripada rali.

Jentera ini disumbat dengan enjin 1.6 liter 3-silidnder Toyota GR, dimana ia kini mampu menghamburkan kuasa setakat 300 hp dan tork 400 Nm.

image is not availableimage is not available

Ini bermakna ia kini menghasilkan kuasa lebih 30 hp dan tork 30 Nm berbanding model sebelum ini.

Bagaimanapun, , hot-hatch ini masih didatangkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

image is not availableimage is not available

Nampaknya, tGR turut menambah bilangan titik kimpalan (spot weld) sekitar 13% dan jumlah bolt yang mengikat badan kereta kepada penyerap hentak juga telah ditambah dari hanya satu kepada tiga.

Sebaliknya, perubahan luarannya tidaklah begitu ketara kerana kerana satu-satunya perubahan ketara ialah bampar hadapan.

image is not availableimage is not available

Ia kini hadir dengan rekaan baharu yang menggabungkan saluran udara yang lebih besar, serta penambahan jalur LED yang menghubungkan kedua-dua belah lampu belakang LED.

Menjengah bahagian kabinnya, ia menggunakan meter digital bersaiz 12.3 inci yangdan menawarkan lebih banyak paparan maklumat kepada pemandu.

image is not available

Seperti mana kami sebutkan tadi, Toyota GR Yaris facelift ini dijangka akan memasuki pasaran rasminya pada hujung tahun 2025, jadi, anda perlu terus mengikuti kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota GR Yaris ini.

Jika ada yang sedang mempertimbangkan untuk membelinya, mana satu pilihan anda? Versi 8AT atay 6MT?